Friends

.

Maharaja Lawak 2011 Minggu 5





Program terbaru di Astro Warna yang menampilkan bekas peserta-peserta dari Raja Lawak musim-musim lalu untuk bertanding semula demi merebut gelaran Maharaja Lawak. Dengan format 50% dari juri profesional dan 50% undian SMS, mereka akan ditugaskan membuat persembahan untuk kekal sehingga minggu terakhir seterusnya dinobatkan sebagai Maharaja Lawak. Maharaja Lawak akan bersiaran secara langsung bermula pada 1 April 2011, Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna(132). Untuk episod 1 dan 2, Maharaja Lawak juga akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105).


Jihan Pula Meninggalkan Gelanggang

Satu-satunya peserta wanita dalam Maharaja Lawak, Nuur Jihan Binti Musa atau Jihan terpaksa meninggalkan Gelanggang Maharaja Lawak apabila diumumkan sebagai peserta yang mendapat markah juri dan undian SMS paling rendah minggu ini. Jihan merupakan Naib Juara Raja Lawak Astro untuk musim yang ke-3 dan peserta Maharaja Lawak kelima yang tersingkir.

Minggu demi minggu Maharaja Lawak bersiaran di Astro Warna, prestasi persembahan peserta Maharaja Lawak secara keseluruhan semakin meningkat dan mambuatkan pemarkahan juri semakin sukar. Namun terdapat juga beberapa persembahan yang tidak miningkat dan tidak begitu menurun seperti Nabil. Mungkin kerana persembahan minggu-minggu yang lepas Nabil tampil hebat, maka minggu ini persembahannnya nampak biasa sahaja. Begitu juga berlaku kepada Juara Raja Lawak 5, Man yang kelihatan seperti ketandusan idea. Diharap semua peserta Maharaja Lawak dapat meningkatkan lagi mutu persembahan mereka untuk minggu hadapan.

Berikut adalah markah yang diperolehi peserta Maharaja Lawak selepas undian ditutup (50% Undian + 50% Markah Juri):

1. Jozan - 65
2. Nabil - 53
3. Jambu - 46
4. Sepah - 46
5. Balas - 44
6. Amir - 42
7. Man - 42
8. Jihan - 23

Kini tinggal 7 peserta Maharaja Lawak yang masih kekal merebut gelaran Maharaja Lawak pertama dalam sejarah.






~zulmovie.blogspot~
MF1 | MF2 | MF3 | MF4 : 620mb avi
MF1 | MF2 | MF3 | MF4 : 625mb avi
MF1 | MF2 | MF3 : 230mb rmvb





0 comments:

Post a Comment