Friends

.

Maharaja Lawak 2011 Minggu 2




Program terbaru di Astro Warna yang menampilkan bekas peserta-peserta dari Raja Lawak musim-musim lalu untuk bertanding semula demi merebut gelaran Maharaja Lawak. Dengan format 50% dari juri profesional dan 50% undian SMS, mereka akan ditugaskan membuat persembahan untuk kekal sehingga minggu terakhir seterusnya dinobatkan sebagai Maharaja Lawak. Maharaja Lawak akan bersiaran secara langsung bermula pada 1 April 2011, Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna(132). Untuk episod 1 dan 2, Maharaja Lawak juga akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105).

Terbawah Terselamat

Minggu kedua Maharaja Lawak mendapat sambutan yang sangat hangat apabila sebilangan besar penonton tidak dapat masuk ke dalam studio Finas untuk menyaksikan episod kedua Maharaja Lawak. Sebagai jalan penyelesaian, pihak penganjur telah menayangkan siaran langsung Maharaja Lawak di luar studio untuk mereka sama-sama menonton.

Dalam minggu ini, 5 peserta terbawah untuk undian penonton dan markah juri telah dipanggil ke atas pentas sebelum diumumkan keluar. Mereka adalah Jihan, XN3, WAI, Man dan Amir. Namun juri telah sebulat suara mengumumkan tiada penyingkiran untuk minggu ini, tetapi penyingkiran akan dibuat sebelum bermulanya Gelanggang Maharaja Lawak minggu hadapan.

Siapakah yang akan tersingkir minggu hadapan?


~zulmovie.blogspot~
MF : 740mb avi

~kruteamz.com~
MF1 | MF2 : 388mb rmvb





0 comments:

Post a Comment