Friends

.

Maharaja Lawak 2011 Minggu 4





Program terbaru di Astro Warna yang menampilkan bekas peserta-peserta dari Raja Lawak musim-musim lalu untuk bertanding semula demi merebut gelaran Maharaja Lawak. Dengan format 50% dari juri profesional dan 50% undian SMS, mereka akan ditugaskan membuat persembahan untuk kekal sehingga minggu terakhir seterusnya dinobatkan sebagai Maharaja Lawak. Maharaja Lawak akan bersiaran secara langsung bermula pada 1 April 2011, Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna(132). Untuk episod 1 dan 2, Maharaja Lawak juga akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105).


Giliran Alex Tersingkir

Gelanggang Maharaja Lawak Minggu Keempat menyaksikan pemenang tempat ketiga Raja Lawak Musim Keempat, Alex meninggalkan Gelanggang Maharaja Lawak. Alex diumumkan sebagai peserta keempat meninggalkan Maharaja Lawak selepas R2, XN3 dan WAI tersingkir di minggu sebelum ini. Pengacara AC Mizal mengumumkan Alex sebagai peserta Maharaja Lawak yang tersingkir minggu ini menyelamatkan Jihan dan Man yang turut dipanggil ke atas pentas.

Secara keseluruhannya, juri berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan oleh semua peserta termasuk Alex sendiri. Lebih memeranjatkan apabila persembahan Amir yang agak kurang memuaskan sebelum ini mendapat pujian daripada Mamat Khalid. Suatu peningkjatan yang baik untuk Amir. Peserta-peserta lain seperti Jozan mula menampakkan peningkatan dan jenaka daripada Nabil tidak kurang hebatnya.

Berikut adalah markah yang diperolehi peserta Maharaja Lawak selepas undian ditutup (50% Undian + 50% Markah Juri):

1. JOZAN - 61
2. NABIL - 59
3. SEPAH - 54
4. JAMBU - 53
5. BALAS - 45
6. AMIR - 42
7. MAN - 31
8. JIHAN - 29
9. ALEX - 28

Kini tinggal 8 peserta Maharaja Lawak yang masih kekal merebut gelaran Maharaja Lawak pertama dalam sejarah.






~zulmovie.blogspot~
MF1 | MF2 | MF3 | MF4 : 580mb avi
MF1 | MF2 | MF3 : 585mb avi
FS : 585mb avi


~kruteamz.com~
MF1 | MF2 | MF3 | MF4 : 580mb avi
MF1 | MF2 : 288mb mkv
MF1 | MF2 : 230mb rmvb




0 comments:

Post a Comment